HUBUNGI KAMI

SK BERIS KUBOR BESAR 16350 BACHOK KELANTAN. TEL : 09-7649606 FAKS : 09-7649969

Friday 2 March 2012

29-2-2012: Motivasi keibubapaan dan Majlis Ikrar Serta Aku Janji Murid Tahun 6, 2012

Tahniah kepada Unit Kaunseling dan guru-guru seluruh warga sekolah SKBKB khususnya guru tahun 6 dengan kerjasama PIBG kerana telah berjaya mengadakan majlis motivasi dan ikrar aku janji yang penuh bermakna kepada semua pelajar tahun 6 dan ibubapa mereka.

Majlis motivasi kali ini telah dihadiri seorang tokoh agama di negeri Kelantan iaitu Dato' Mufti Negeri Kelantan iaitu  YBrs Sahabus Samahah Dato' Haji  Mohamad Shukri Bin Mohamed.

Selain dari berpeluang dihidangkan dengan pelbagai ilmu oleh Dato' Mufti, ibubapa juga berkesempatan beramah mesra dengan guru-guru tahun 6 yang mengajar anak-anak mereka tahun ini serta mendengar sendiri ikrar anak-anak dalam mengapai impian keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.

Didoakan semua murid tahun 6 tahun ini berjaya dalam UPSR 2012 dan terima kasih pada semua ibubapa yang hadir menjayakan majlis.


                     YBrs Sahabus Samahah Dato' Haji  Mohamad Shukri Bin Mohamed.


                                             Ucapan Tn Guru Besar En Ruslan Bin Muhamad
                                                            Ibubapa bersama anak-anak

Sebahagian ibubapa yang mengisi borang targaet dan aku janji anak mereka

No comments:

Post a Comment