HUBUNGI KAMI

SK BERIS KUBOR BESAR 16350 BACHOK KELANTAN. TEL : 09-7649606 FAKS : 09-7649969

Sunday 8 April 2012

LAWATAN PENANDA ARAS UNIT PRA SEKOLAH PPD TUMPAT KE PRA SKBKB



PERASMIAN BULAN BAHASA ARAB SKBKB- 1 APril 2012

Tahniah kepada guru GPI dan juga j-Qaf SK Beris kerana telah berjaya melancarkan bulan bahasa Arab. Bulan April telah dipilih sebagai bulan Bahasa Arab. Pelbagai aktiviti telah dan akan dijalankan sepanjang bulan ini bagi meyemarak dan menanam minat murid dan guru terhadap penggunaan dan peri pentingnya Bahasa Arab ini.

Terimakasih kepada Tuan Guru Besar yang telah sudi melancarkan dan merasmikan Bulan Bahasa Arab peringkat SK Beris Kubor Besar.





Saturday 24 March 2012

Majlis Taklimat j-QAF,Kem Bestari Solat dan PAFA sesi 2012

Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan SKBKB khususnya AJK guru Pendidikan Islam kerana telah berjaya mengadakan suatu majlis yang cukup bermakna khususnya buat para ibubapa iatu Majlis Taklimat j-QAF,Kem Bestari Solat dan PAFA sesi 2012. Majlis tersebuat bertujuan memberi kefahaman kepada para ibubapa tentangperi pentingnya kelas Fardhu Ain dan j-Qaf dibuat oleh kementerian pelajaran dan dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Mudah-mudahan proram ini dapat memperjelaskan tanggungjawab ibubapa terhadap kehadiran anak mereka dalam kelas Fardhu Ain ini apakah tanggungjawab mereka alam merealisasikan agenda utama kerajaan dalam usaha melahirkan manusia yang bukan sahaja bijak malah mampu menguasai ilmu akhirat serta mempunyai akhlak yang terpuji.

Majlis telah dirasminkan oleh saudara Tuan Haji Mohd Zain Bin Yasin Penyelaras DUN Tawang dan taklimat telah diberi oleh Tn Haji Mohd Zin Bin Yaakob Penolong Pegawai PPD Bachok.






Wednesday 21 March 2012

18hb Mac 2012: Majlis Pelancaran NILAM 2012

Pada tarikh keramat ini AJK Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan suatu program yg amat penting iatu MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM. Program ini bertujuan untuk menyemarakankan lagi minat membaca dikalangan murid-murid SKBKB. Dalam program kali ini murid-murid juga telah menyumbangkan buku kepada PSS. Murid-murid yang mencapai tahap Emas,Perak dan Gangsa turut diberi pengiktirafan. 

 Banner
 Persembahan Murid
 Pengiktirafan Sijil Emas
 Pengiktirafan Sijil Emas
 Menderma Buku
 Beratur untuk menderma buku

Tuesday 6 March 2012

TEMA BULAN MAC..

Semoga warga SKBKB akan terus bekerja dan belajar dalam suasana kasih sayang dan tenang. "Yang berat sama di pikul dan yang ringan sama di jinjing". Semangat guru yang kasih pada muridnya akan membawa rahmat dan berkat kepada anak didik.. Tahniah Guru Besar kerana sumbangan idea tema yang bermakna.. semoga para warga SKBKB dapat mengamal dan menghayatinya dengan baik..


Saturday 3 March 2012

Pelancaran Program Guru Penyayang, Mentor Mentee Tahun 6 SKBKB dan Keraian Hari Jadi Guru

Bagi menyahut seruan KPM yang menggesa para guru menyayangi murid, maka pihak sekolah telah melancarkan program guru penyayang peringkat sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh En Ruslan Bin Muhamad, Guru Besar Sekolah Beris Kubor Besar.

Para guru yang hari lahirnya pada bulan Januari dan Februari turut diraikan. Masing-masing menerima hadiah dari kelab guru.

Selain dari itu juga majlis penyerahan mentee (murid tahun 6) kepada mentor(para guru) juga disempurnakan.

Sekalung tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.



Mentor bersama Mentee
Antara yang menyambut hari lahir dalam bulan Jan dan Feb

Larian Merentas Desa 2012

Seluruh murid SKBKB telah terlibat dalam larian kali ini. Walaupun pada peringkat awal cuaca hujan tetapi dengan izin Allah SWT acara larian ini dapat dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Para pesrta dilepaskan oleh PK Pentadbiran, Tn Hj Mohd Noor Bin Ideris dan En Shamsudin Bin Mat Deris, Penolong Pegawai PPD Unit Peperiksaan.

Sebelum larian kemuncak ini, semua murid telah menjalani latihan larian sebanyak 2 kali dengan 3 trak/laluan yang berbeza. iaitu laluan tahun 1 dan 2, laluan bagi tahun 3 dan 4 dan laluan bagi tahun 5 dan 6. Alhamdullillah sepanjang larian tiada sebarang kecederaan atau kejadiaan yang tidak diingini berlaku.

Terima Kasih pada semua petugas sepanjang larian berlangsung yang terdiri dari semua guru, guru KAFA, Pengawal keselamatan sekolah dan para pekerja sekolah.

Majlis penyampaian hadiah dilakukan pada hari perhimpunan keran cuaca tidak mengizinkan. Tahniah kepada semua pemenang dan yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.

Peserta tahun 5 dan 6 (p) dilepaskan

 Bersiap sedia dan ceria tahun 1
 Berhimpun mendengar taklimat akhir sebelum larian
 Laju dan laju....

 Pemenang..