HUBUNGI KAMI

SK BERIS KUBOR BESAR 16350 BACHOK KELANTAN. TEL : 09-7649606 FAKS : 09-7649969

Saturday 3 March 2012

Larian Merentas Desa 2012

Seluruh murid SKBKB telah terlibat dalam larian kali ini. Walaupun pada peringkat awal cuaca hujan tetapi dengan izin Allah SWT acara larian ini dapat dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Para pesrta dilepaskan oleh PK Pentadbiran, Tn Hj Mohd Noor Bin Ideris dan En Shamsudin Bin Mat Deris, Penolong Pegawai PPD Unit Peperiksaan.

Sebelum larian kemuncak ini, semua murid telah menjalani latihan larian sebanyak 2 kali dengan 3 trak/laluan yang berbeza. iaitu laluan tahun 1 dan 2, laluan bagi tahun 3 dan 4 dan laluan bagi tahun 5 dan 6. Alhamdullillah sepanjang larian tiada sebarang kecederaan atau kejadiaan yang tidak diingini berlaku.

Terima Kasih pada semua petugas sepanjang larian berlangsung yang terdiri dari semua guru, guru KAFA, Pengawal keselamatan sekolah dan para pekerja sekolah.

Majlis penyampaian hadiah dilakukan pada hari perhimpunan keran cuaca tidak mengizinkan. Tahniah kepada semua pemenang dan yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.

Peserta tahun 5 dan 6 (p) dilepaskan

 Bersiap sedia dan ceria tahun 1
 Berhimpun mendengar taklimat akhir sebelum larian
 Laju dan laju....

 Pemenang..


No comments:

Post a Comment