HUBUNGI KAMI

SK BERIS KUBOR BESAR 16350 BACHOK KELANTAN. TEL : 09-7649606 FAKS : 09-7649969

Saturday 25 February 2012

Selamat Bertugas Kepada En Mohd Shamsudin dan Puan Roslaini

En Mohd Shamsuddin Bin Mat Deris
Ke PPD Bachok Unit Peperiksaan
Tempoh Khdimat di SKBKB: 1hb Nov 2004 - Feb 2012

 Pn. Roslaini Bt Abd Rahman
Ke SK Beris Panchor
Tempoh Khidmat di SKBKB: 16hb Feb 2009 - Feb 2012

Semoga kedua-dua mereka terus cemerlang dalam menyumbangkan tenaga dan kemahiraan masing-masing kearah kecemerlangan akademik di Daerah ini. Kami warga SKBKB dan PIBG mengucapkan terima kasih atas semua sumbangan mereka berdua selama berada di sekolah ini . Segala salah silap kami harap dimaafkan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Tahniah kepada semua guru dan  warga SK Beris Kubor Besar kerana majlis Sambutan Maulidur Rasul telah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran penceramah Ustaz Mod Zain Bin Yacob selaku Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Bachok telah menambah kemeriahan majlis.

Dalam Majlis tersebut juga telah disampaikan hadiah kepada pemenang Majlis Tilawah, Hafazan, Selawat dan Nasyid peringkat sekolah yang telah berlangsung lebih awal lagi. Tahniah kepada semua pemenang. Semoga pertandingan ini diteruskan lagi pada masa depan bagi mengcungkil bakat baru dikalangan murid-murid sekolah.

Ceramah Oleh Ustaz Mohd Zain Yacob
Murid khusyuk mendengar ceramah
PKKO menyampaikan hadiah kepada pemenang
Bacaan selawat beramai-ramai
Gambar Kenangan selepas majlis

Sunday 19 February 2012

TEMA BULAN FEBRUARI

SIFAR LARI  dan  SIFAR SAMPAH

Pelbagai Program Untuk Kecemerlangan UPSR Bulan ini.

Pelbagai Program Untuk Kecemerlangan UPSR Bulan ini. Semoga dengan segala usaha yang dibuat akan membawa kejayaan kepada anak didik kita. Terima kasih kepada semua guru dan mereka yang terlibat .













Saturday 11 February 2012

Usaha Mengekalkan 100% lulus.Program Teknik Menjawab Sains UPSR 2012

8hb Februari 2012, Rabu jam 2.30 petang bertempat di PKG Beris Kubor Besar telah diadakan program teknik menjawab subjek sains UPSR kali pertama. Seramai 80 orang murid tahun 6 dan 5 terlibat dalam program kali ini. Penceramah adalah Pn Moorni Bt Mohamad iaitu guru cemerlang dari SK Sultan Ismail 3 Kota Bharu. Terima kasih kepada Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (ECERDC) yang menaja program ini.

Semoga usaha guru-guru sains skbkb ini akan mengekalkan keputusan 100% sains tahun lepas. Tahniah buat guru-guru sains!






Perhimpunan Ko Kali Pertama 2012







Tahniah semua....