HUBUNGI KAMI

SK BERIS KUBOR BESAR 16350 BACHOK KELANTAN. TEL : 09-7649606 FAKS : 09-7649969

Saturday 31 December 2011

PENDAFTARAN TAHUN 1 BERJALAN LANCAR WALAUPUN DALAM SUASANA BANJIR.. SELAMAT TAHUN BARU.

Tahun 2011 melabuhkan tirainya dengan segala cerita suka dan duka, kini lembaran baru 2012 bermula. Ibubapa tahun baru ini sibuk medaftar anak masing-masing di tahun 1. Pada tahun ini pendaftaran tahun 1 SKBKB berjalan dengan lancar, walaupun dalam keadaan banjir melanda di kawasan sekolah. Murid-murid tahun 1 begitu bersemangat walaupun cuaca hujan sepanjang hari. Mereka hadir dengan berpakaian lengkap. Suasana ceria terpancar diwajah mereka dan ibubapa mereka, apatah lagi masing-masing mendapat wang bantuan pakaian RM100.00 dari kerajaan BN yang semestinya meringankan beban. Tahniah kepada murid-murid tahun 1. Selamat memasuki alam persekolahan. Sama-sama kita menanam azam dan tingkat untuk menjadika SKBKB unggul di persada PPD Bachok dan JPN Kelantan. SELAMAT TAHUN BARU









Monday 26 December 2011

Pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong

Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja:

Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Maka oleh yang demekian Beta, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Perkara itu.

Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di Ibu Negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember tahu dua ribu sebelas.

 

Monday 19 December 2011

Terima Kasih PM. Jadual Kenaikan Gaji...Syukur dan Terima Kasih..

Bersama ini disertakan jadual gaji baru... Kami di SKBKB mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan atas kenaikan dan pelarasan gaji ini. Semoga semua guru akan terus meningkatkan prestasi kerja mereka di tahun-tahun mendatang ini...Selamat menikmati gaji baru..




Monday 21 November 2011

20hb Nov 2011: MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS RM100 PERSEKOLAHAN 2012

YBhg Tuan Haji Zaim Bin Yasim, Penyelaras DUN Tawang telah turun padang untuk menyampaikan sumbangan kerajaan sebanyak RM100 seorang kepada ibu bapa yang hadir. Wang ini adalah ekoran dari pengumuman PM semasa pembentengan Bajet 2012 baru-baru ini. Semoga dengan pemberian wang ini membantu persediaan ibubapa menghadapi sesi persekolahan 2012 nanti.

Sehingga berita ini ditulis, hampir 97% ibu bapa telah mengambil. Kepada ibu bapa yang belum berkesempatan, mohon berbuat demikan dengan kadar segera.



Wednesday 16 November 2011

17hb Nov 2011:Majlis Penyampaian Keputusan UPSR dan Jamuan akhit Tahun 6

Hari ini adalah hari yang dinanti-nanti oleh semua guru sekolah rendah, para ibubapa dan anak-anak mereka yang menduduki peperiksaan UPSR. Manakan tidak kerana hari ini keputusan UPSR diumumkan. Sehubungan  dengan itu maka pihak sekolah telah mengadakan majlis penyampaian keputusan UPSR dan jamuan akhir pelajar tahun 6. Pihak Guru Besar En Roslan Bin Mohamad telah sudi menyampaikan slip-slip keputusan kepada semua pelajar tahun 6 kali ini. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan yang kurang berjaya teruskan perjuangan di sekolah menengah nanti. Pada semua murid tahun 6 wagra sekolah ucapkan selamat menempuh alam sekolah menengah dan jangan lupa pada sekolah dan guru-guru di sini. Pada semua guru dan warga sekolah kami pihak pentadbir mengucapkan terima kasih atas semua kerja buat selama setahun kita bersama, mudah-mudahan Allah memberikan balasan kebaikan dan rahmat buat kita semua. Selamat BERCUTI pada semua murid dan guru..!! Semoga kita semua panjang umur dan sihat selalu. Jumpa lagi di tahun baru 2012...

Berikut keputusan penuh UPSR SKBKB 2011

Bilangan Calon UPSR 2011 - 75 orang.
5A - 11 orang
4A - 13 orang
3A - 8 orang
2A - 9 orang
1A - 17 orang

GPMP  dan % lulus

BM Kefahaman - 1.36 - 98.7%
BM Penulisan    - 2.08 - 89.3%
Bahasa Inggeris - 2.32 - 92.0%
Matematik        - 1.85 - 98.7%
Sains                - 1.73 - 100%

GPS  keseluruhan = 1.87





Sunday 13 November 2011

14hb Nov 2011: Jamuan Akhir Tahun Kelas-Kelas Bermula.

Memandangkan hari persekolahan hanya tinggal beberapa hari lagi, kelas-kelas sudah mula sibuk mengadakan jamuan akhir tahun masing-masing. Bagi SKBKB jamuan akhir tahun bermula hari ini 14hb dan 15hb dengan kelas tahap 2, diikuti 15hb dan 16hb  kelas tahap 1 dan hari akhir persekolahan 17hb Nov 2011 jamuan akhir tahun.

Bagi pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua kelas yg telah berjaya mengadakan jamuan akhir tahun masing-masing kerana ini adalah satu latihan kerjasama pada anak didik. Usaha terpuji ini harus diteruskan dan dijadikan budaya SKBKB.

Bersama ini disertakan beberapa gambar jamuan kelas yg sempat di rakam.







10hb Nov 2011: Majlis Penyampaian KWAMP SKBKB

Atas keprihatinan Kerajaan Pusat tahun ini wang KWAMP sekali lagi disalurkan kepada pelajar miskin SKBKB. Majlis penyampaian tersubut tersebut telah di rasmikan oleh Tn Haji Mohd Zain Yasim Penyelaras DUN Tawang yang pada awalnya diwakili oleh Ustaz Fadli bin Jusoh, Ketua Penerangan DUN Tawang.. Pada kali ini seramai 149 orang pelajar menerima bantuan KWAMP. Turut hadir ialah En Roslaili dari Unit J-QAF PPD Bachok mewakili tuan PPD.

Adalah diharapkan ibubapa yang menerima KWAMP  dapat menggunakan wang tersebut dengan bijak dan mengutamakan kegunaan pembelajaran anak-anak mereka. Terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang prihatin.










Wednesday 9 November 2011

8hb Nov 2011: SKBKB MENGONDOL 4 ANUGERAH DALAM MENUJU PUNCAK PPD BACHOK

Tahniah diucapkan kepada warga SKBKB kerana berjaya menggondol 4 anugerah dalam majlis berprestej " MENUJU PUNCAK" PPD BACHOK. Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf kerja buat yang berterusan sepanjang tahun 2011 oleh semua sekolah di PPD Bachok. 

Selaras dengan itu SKBKB tidak ketinggalan menggondol 4 anugerah iaitu :
1. Johan Progaram Pemulihan Khas
2. Johan Pengurusan Pra Sekolah Berkesan
3. Naib Johan Kemenjadian Akademik
4. Naib Johan Pengurusan J-QAF.

Semua hadiah telah disampaikan oleh YBrs.Dr.Na'imah Bt Ishak Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia. bertempat di Dewan IKBN Bachok. Semoga tahun hadapan lebih banyak lagi SKBKB menggondol pengiktirafan.






9hb Nov 2011 : JAMUAN AKHIR TAHUN WARGA GURU DAN KAKITANGAN SKBKB

Bertempat di Restauran Payang Serai jam 2.00 petang telah berlangsung majlis jamuan akhir tahun warga Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar. Majlis berlangsung dalam suasana kekeluargaan dan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKBKB En Roslan Bin Mohamad. Jamuan kali ini agak meriah kerana turut dihadiri oleh beberapa AJK PIBG dan wakil para penyumbang. Majlis kali ini telah mendapat sokongan padu dari semua pihak terutama dari para penyumbang.

Majlis juga menyampaikan sumbangan kepada En Johari yang dikurniakan cahaya mata baru-baru ini tetapi menghadapi komplikasi jantung. Kami doakan buat keluarga beliau segala-galanya SELAMAT.

Pihak pengurusan ko kurikulum SKBKB juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan juga para AJK Jamuan akhir tahun kali ini yang berkerja keras menjayakan majlis. Semoga kerja berpasukan semua warga SKBKB akan terus kukuh.