HUBUNGI KAMI

SK BERIS KUBOR BESAR 16350 BACHOK KELANTAN. TEL : 09-7649606 FAKS : 09-7649969

Wednesday 26 October 2011

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat SK Beris Kubor Besar 2011

17hb Oktober 2011. Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs En Hasanudin Bin Zaini PK Ko-Kurikulum. Majlis telah di mulai dengan Nyayian Lagu Negaraku diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Azlan. Diikuti dengan bacaan teks perutusan sempena Bulan Bahasa oleh PK Ko Kurikulum. Selesai bacaan perutusan beliau telah merasmikan pelacaran Bulan Bahasa dengan gimik memotong reben pelancaran. Majlis kemudian diserikan dengan  bacaan ikrar ,pesembahan Sajak, Syair, Koir dan Bbrcerita oleh beberapa orang wakil pelajar.
Sepanjang bulan bahasa ini SKBKB, melalui Panitia Bahasa Melayu telah merancang pelbagai acara bagi memeriahkan bulan bahasa kali ini Antaranya aktiviti
Imlak(Pelajar Pemulihan)
Tulisan Cantik
Bercerita(MemberikanTajuk cerita)Tahap 1 sahaja.
Pertandingan Akhir Bercerita Tahap 1dan Tahap 2.
Pemberitahuan tentang pertandingan mengarang dan bersyair kepada semua pelajar.
Pertandingan Akhir Mengarang Tahap 1 dan 2.
Mengedarkan teks pidato kepada para peserta Tahap1 dan 2
Pertandingan Akhir Bersyair.
Petandingan Akhir Pidato
Bengkel Bahasa Untuk Guru-guru.
Majlis Penutup Bulan Bahasa.

Semoga Bahasa Melayu terus diperkasa.
Gimik Pelancaran Oleh PK Ko


 Ucapan Perutusan Menteri Pelajaran
 Persembahan Koir
Bacaan Ikrar

No comments:

Post a Comment