HUBUNGI KAMI

SK BERIS KUBOR BESAR 16350 BACHOK KELANTAN. TEL : 09-7649606 FAKS : 09-7649969

Saturday 29 October 2011

BANJIR KILAT MELANDA SKBKB.

30hb Oktober 2011. Akibat dari hujan lebat yang berterusan beberapa jam serta kedudukan sekolah yang agak rendah telah menyebabkan banjir kilat melanda di kawasan sekolah. Sistem perparitan yang tersumbat memburukan lagi keadaan.

Banjir kilat kali ini telah menengelamkan semua kelas dan bilik guru serta bangunan PRA. Guru-guru dan para pekerja serta para murid bertungkus-lumus memunggah barang-barang dan peralatan sekolah untuk diselamatkan dari limpahan air. Tandas murid lelaki tidak dapat diguna langsung kerana tenggelamsehingga paras lutut.

Selain dari itu keadaan atap kelas dan kantin serta pejabat yang bocor juga mendatangkan masalah kepada semua anak didik dan warga staff SKBKB.. Ibarat kata pepatah " sudah jatuh di timpa tangga "

Menurut guru senior di sini En Zunaidi B Saai, ini lah julung kalinya banjir kilat yang besar sepanjang ia berkhidmat di sekolah ini lebih 15 tahun.Biasanya masalah ini ada setiap tahun tapi tidak seburuk tahun ini..
 Di kaki lima kelas Tahun 1
 Di kaki lima tahun 6
 Murid-murid kesejukan
 Murid tahun 4
 Kawasan terdalam
 Kawasan PRA
 Dalam Kelas
Keadaan di Bilik Guru

Harapan kami agar tahun hadapan bangunan baru dapat digunakan dengan kadar segera. Semoga PPD dan JPN dapat membantu mengatasi masalah kami.

1 comment:

  1. sekoloh lamo ambo nieh...
    sebab bangunan baru baru tutup jale air ko?

    p/s: cikgu zunaidi, ado lg skoloh nieh dih?

    ReplyDelete