HUBUNGI KAMI

SK BERIS KUBOR BESAR 16350 BACHOK KELANTAN. TEL : 09-7649606 FAKS : 09-7649969

Saturday 7 January 2012

WARGA GURU SKBKB 2012

Inilah barisan guru SKBKB tahun2012, " Sentiasa Kemas Berwibawa Komited Bersatu "

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2012 DAN SOLAT HAJAT

Pagi Ahad 8hb Jan 2012 adalah pagi yang bermakna bagi semua warga SKBKB kerana pada pagi ini diadakan MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SEKOLAH & SOLAT HAJAT. Majlis ini disempurnakan oleh En Mohd Rozi Bin Mohd Arifin(Pegawai PPD Bachok-LINUS). yang juga merupakan Penghulu bagi SKBKB pada tahun ini menggantikan Pn Soo Ah Khem. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih pada En Mohd Rozi yg sudi hadir. Buat Pn Soo Ah Khem terima kasih atas bimbingan dan nasihat sebelum ini. Guru Besar dan En Mohd Rozi berharap SKBKB terus mencipta kecemerlangan dan nama harum dalam dunia pendidikan negara, terutama dalam bidang akademik dan ko kurikulum.

Solat hajat juga diadakan bagi memohon keberkatan kerja buat agar sentiasa " Kemah, Kejap" dan dilindungi dari unsur-unsur " Koksir-Kokdea" serta mendapat kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Majlis mengucapkan terima kasih kepada YDP dan NYDP PIBG serta AJK yg sudi hadir bagi menyempurnakan solat hajat yang diImamkan oleh PK Pentadbiran Tn Haji Mohd Nor Bin Ideris.

Semoga tahun ini semua warga SKBKB sentiasa sihat dan diberkati ALLAH hendaknya.. InsyaAllah..






Tuesday 3 January 2012

T-SHIRT BARU KO SKBKB

Unit Ko SKBKB telah mengeluarkan T-Shirt Ko yang baru. Baju T-Shirt ini adalah baju rasmi bagi aktiviti ko atau apa jua aktivi diluar masa P & P. Baju boleh didapati kedai KOOP sekolah. Semua pelajar digalakkan memakai baju ini semasa PJ atau hadir ke sekolah di sebelah petang. Pelajar dan ibubapa boleh berhubung terus dengan cikgu Pn Noraliza(Guru kedai KOOP) atau Cikgu Ahmad Izuren Shah( S/U Ko) bagi medapat sebarang maklumat lanjut tentang baju tersebut. Semoga SKBKB lebih maju jaya  di tahun mendatang ini.